Ezani dan Wahidan adalah peserta yg layak ke final masterchef dan akan bersaing untuk title Masterchef Malaysia yg pertama k..mak jemahh bangga dengan peserta mastercheft nih..
sudah semestinya semua rakyat malaysia akan menantikan final masterchef..
meh mak jemahh cte sket latar blakang si Ezani nih..
Nama : Ezani Farhana binti Md Monoto
Umur : 26 tahun
Asal : Kajang
Pekerjaan : Doktor pergigian
Ezani nih dia minat masak dari kecik lagi sebab dia selalu tengok mak dia masak untuk keluarga die. Chef kegemaran Ezani nih dah tentu chef no. 1 Malaysia , Chef Wan dan Jamie Oliver.Depa nih la yang membakar semangat Ezani mendalami bidang masakan nih. Cita-cita Ezani nak menguruskan perniagaan katering sendiri. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar!
nih tentang Wahidan plak..
Nama :Wahidan Hj Ag Supain
Umur : 42 tahun
Asal : Sabah
Pekerjaan : Pekebun
Wahidan nih kenal makanan dan masakan dari ibu dia. Dia menjadikan ibu nya sebagai sumber inspirasi dan juga pembakar semangat untuk beliau terus memasak. Pekebun yang berasal dari Sabah ini begitu meminati masakan Melayu dan Cina dan sering menggunakan kedua-dua jenis masakan ini sebagai pengaruh dan ikutan dalam memasak dan menyediakan hidangan yang lazat. Chef kegemaran Wahidan nih dah tentu chef Sabri Hassan kerana kemahiran dalam pelbagai cabang kulinari dan pengalaman menjadikan beliau sebagai idola kepada Wahidan.Wahidan yang berasal dari Kinabatangan ini ingin sekali menyediakan hidangan khas termasuk Sambal Tempoyak Durian Merah yang menjadi kegemaran Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Datuk Bung Mokhtar Radin. YB Datuk juga menggemari masakan kampung.Menjadi chef yang berjaya merupakan impian Wahidan. Beliau juga bercita-cita membuka restoran yang menyajikan masakan kampung terutamanya masakan tradisional yang berasal dari Sabah.
Mak jemahh tgk antara kedua-dua peserta nih..xtahu nak pilih mana yg akan dinobatkn juara..mak harap juri dapat la pilih yg btol2 hebat utk menjadi juara Masterchef Malaysia...apa-apa pn sama2 la yerk kita nantikan final Masterchef Malaysia..
P/S : jangan kita marah jika peserta yg kita minat xmenang..kita tetap kena sokong dieorg k u ollz...cewah mak jemahh bg nasihat..hehe
No comments:
Post a Comment