Surat nih direka sendiri oleh mak jemahh k,untuk anak-anak mak jemahh nnt.
Assalammualaikum anak-anakku yang tercinta,
Harap kalian semua sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta. Jika kalian memaca surat ini bermakna ayahanda sudah berada jauh dari kalian tetapi dekat dihati kalian (betul tak?hehe).
Anakanda ku yang ku kasihi, keluarga kita tidak lah berada sangat, hanya cukup untuk menampung perbelanjaan kalian semua. Anakanda ku, semasa kalian semua dilahirkan ayahanda sungguh gembira hingga tak terkata, mengalir air mata kegembiraan, bersyukur ayahanda kepada ALLAH S.W.T. Anakanda ku yang ku sayangi, semasa ayahanda membesar kan kalian semua, banyak perkara yang manis dan juga pahit yang ayahanda dan ibunda tempuhi. Ayahanda berasa sungguh bangga kerana dapat anak seperti kalian semua, kerana kalian semua dapat menjadi orang yang berguna di atas muka bumi ini. TETAPI anakanda ku,ingat lah bahawa bukan hanya dunia yang kita kejar, malah akhirat sana yang menjadi penentu so renung2kan lah dan selamat beramal.
Anakanda ku, semasa anakanda semua dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, ayahanda berasa begitu teruja.dan sangat gembira kerana kalian dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang sepatutnya. Ayahanda tahu anakanda semua orang yang bijaksana dan cerdik. Semasa kalian di universiti ayahanda telah bekerja siang dan malam bagi menampung kos perbelanjaan kalian semua sehingga kalian berjaya di menara gading. Semasa kalian mendapat kerja, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ayahanda. Kalian semua bekerja bersungguh-sungguh dan telah menemui pasangan hidup kalian. Semasa anakanda melangsungkan hari bahagia kalian, ayahanda pula rasa seperti ayahanda yang kahwin. Anakanda ku sekalian, kalian sume sudah berumah tangga. Ayahanda doakan kalian dan pasangan kalian bahagia dan kekal hingga ke syurga.
Wahai anakanda ku, walaupun kalian sudah mempunyai keluarga sendiri, jangan lah kau lupa pada jasa ayahanda dan juga ibunda. Jangan lah engkau sesekali melupakan kami dan jangan lah engkau lupa untuk mendoakan kesejahteraan kami disini. Anakanda, ketahuilah bahawa ayahanda bangga mendapat anak seperti kalian dan anakanda ku, jangalah sesekali kau lakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T dan lakukan apa yang diperintah oleh ALLAH S.W.T. Anakanda ku, ayahanda dan ibunda menanti kalian di syurga. Anakanda ku jagalah harta yang ayahanda tinggalkan dan jagalah keluargamu.
Anakanda ku, ingatlah segala pesanan ayahanda mu, ingat hidup di dunia ini hanya sementara akhirat kelak yang kekal. Anakanda ku, jadilah kalian hamba ALLAH S.W.T yang berjaya di dunia dan juga akhirat.Sampai disini sahaja surat ayahanda.
Assalammulaikum.
No comments:
Post a Comment