So u ollzs..apa khabar petang-petang Jumaat nih?
Mak Jemahh nak cerita sory-mory sikit tentang kehendak dan juga keperluan. Semua orang tahu kehendak dan keperluan adalah perkara yang amat berbeza. Keperluan adalah perkara asas yang diperlukan sebagai manusia. Kehendak pula adalah perkara dimana kita nak lebih dari apa yang kita ada.Banyak contoh yang boleh kita lakukan dengan keperluan dan juga kehendak. Mak Jemahh nak merungkai kehendak dan keperluan dengan cara mak tersendiri..
Perkara pertama mak nak share adalah kenderaan.
Semua orang perlukan kenderaan untuk bergerak di zaman serba moden ini. Kita ada pelbagai jenis jenama kenderaan dari basikal hinggalah ke kereta. Mak nak buat perbandingan kereta la senang, semua orang perlukan kereta, betul tak? Kereta adalah keperluan bagi si bujang dan juga yang sudah berkeluarga. Antara jenama kereta yang ada di Malaysia nih adalah PERODUA,PROTON,HONDA,BMW dan macam-macam lagi.Apabila kita ada kereta Kancil keluaran perodua pun dah cukup memadai dan rasa bersyukur kerana keperluan kenderaan telah pun ada. Tetapi kan u ollzs, biasa la apabila kehendak melampaui duit poket kita mula la nak beli kereta yang mahal. Tak salah jika mampu, tetapi jangan sebab nak bergaya dan berlagak kita terpaksa hutang.
![]() |
Keperluan |
![]() |
Kehendak |
Perkara kedua ialah tempat berteduh.
Rumah adalah tempat manusia berteduh dari hujan dan panas.So rumah adalah keperluan untuk setiap manusia, tetapi perlu diingatkan bahawa zaman sekarang harga rumah agak mahal. Jadi tak salah jika kita menyewa dahulu rumah untuk sementara waktu bagi mengumpul duit untuk membeli rumah. Kan dah dapat keperluan untuk berteduh, tetapi bila kehendak(nafsu) menguasai diri, rumah nak mewah-mewah, kalau boleh nak sampai 3 tingkat gitu. Kena ingat tak semestinya rumah flat tak berduit dan tak bahagia.
![]() |
Keperluan |
![]() |
Kehendak |
Perkara ketiga adalah makanan.
Makanan adalah perkara asas yang penting dalam hidup manusia. So kita di syorkan untuk makan makanan yang berkhasiat supaya dapat menghindarkan diri dari penyakit, jangan samapi terlebih makan plak. Jika kita dapat makan setiap hari dah rasa bersyukur lah sebab kita dah dapat keperluan. Betul tak? Tapi bila sampai nak makan mesti kat hotel 5 bintang, itu bukan dah kata keperluan, itu dah kehendak dan nafsu tu. Ingat lah kita hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup.
![]() |
Keperluan |
![]() |
Kehendak |
Perkara keempat dan terakhir adalah pakaian.
Kita sebagai umat Islam haruslah pakai pakaian yang menutup aurat. Kan indah bila berpakaian menutup aurat. Kalau kita pakai seperti apa yang di Suruh oleh Allah kan dapat pahala dan juga dapat penuhi keperluan asas kita. Tetapi la kan, bila mak tengok ada yang nak berfesyen sampai kekadang ada yang pakai baju adik dieorg, pakai baju tak cukup kain walaupun harga baju tuh mencecah ratusan ringgit masih tak cukup kain. Tak salah untuk berfesyen tapi harus diingtkan bahawa kita umat Islam. Ada cara pemakaian yang dibenarkan oleh Islam.
![]() |
Keperluan |
![]() |
Kehendak |
Mak Jemahh nak say sory la kalau ada yang terasa. Mak tahu semua orang ada kehendak masing-masing, tetapi ingatlah jangan sampai kehendak mendahului dari keperluan. Jangan sampai disebabkan kita nak ikut kehendak di dunia sampai terlupa nak cari keperluan dan kehendak untuk Akhirat.. Betul tak?
No comments:
Post a Comment