Monday, 9 January 2012

Ezani Masterchef Malaysia Pertama

Assalammualaikum..


Apa khabar semua?macam mana dengan cuti hujung minggu?so dah tengok Masterchef Malaysia?


Nih mak jemahh nak share sikit dengan korang semua bout Masterchef Malaysia.Kalau semua nak tahu, Doktor Ezani Farhana Md Monoto atau Ezani telah memenangi pertandingan Masterchef Malaysia yang pertama.Ezani telah menewaskan pencabar terdekatnya iaitu Wahidan dalam Santapan Penamat Masterchef Malaysia.Ezani membawa pulang sebuah trofi,wang tunai RM100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri tau u ollzs.


So mak cerita sikit la apa yang berlaku masa final Masterchef Malaysia.Ezani dan Wahidan telah berentap dalam cabaran terakhir dieorg di dapur Masterchef Malaysia dan dalam cabaran itu dieorg harus menyediakan 3 hidangan untuk 40 orang tetamu.Tetamu-tetamu yang hadir masa tu terdiri dari chef-chef professional dan chef selebriti yang pernah singgah di dapur Masterchef Malaysia.Dalam cabaran tu u ollzs kan dieorg telah dibantu oleh 10 peserta daripada 18 peserta yang tersingkir.Ezani telah memilih Brian,Felix,Ary Azilah dan Emelda manakala Wahidan memilih Anita,Zamir,Danial,Deena dan Shahriah.Dieorg yang membantu nih tak dibenarkan membantu finalis Masterchef Malaysia dalam pembikinan menu,so dieorg nih hanya boleh membuat kerja yang diarahkan oleh finalis Masterchef Malaysia saja.


Finalis telah diberikan masa selama 15 minit untuk meneliti segala bahan yang ada dan hanya 30 minit yang diberikan untuk finalis menyediakan menu untuk 40 orang tetamu.Ezani telah memilih untuk menyediakan Salad Nusantara dengan Kekapis sebagai pembuka selera,Cutlet Bebiri den medley Sayur-sayuran sebagai hidangan utama dan pemanis mulut ialah Kek Ubi Bit Berempah.Si Wahidan plak memilih Udang dan Kekapis diperap dengan Citrus sebagai pembuka selera,Ikan Merah dengan Sos Bunga Kantan sebagai hidangan utama dan Fillo Kastard Krim bersama Buahan beri sebagai pemanis mulut.



Finalis telah diberi masa selama 3 jam untuk menyedia kesemua hidangan dengan menggunakan segala kemahiran yang telah dipelajari di Masterchef Malaysia perlu digunakan dengan baik.Setiap tetamu yang merasa setiap hidangan harus memberi markah untuk menentukan pemenang cabaran terakhir ini.Dalam Masterchef nih ada kejutan yang berlaku,apabila ahli keluarga Wahidan dan Ezani dibawa masuk ke dapur untuk sama-sama meraikan finalis.


















Tahniah pada Ezani atas kejayaan beliau dan tahniah juga kepada Wahidan yang berjaya melangkah masuk ke Final Mastercheft Malaysia.Sekarang nih bermula lah kehidupan baru Ezani dan Wahidan dalam bidang yang mereka ceburi.




No comments:

Post a Comment