Friday, 27 January 2012

Australian Open 2012

Assalammualaikum..


Hye si kacak dan si chantek..


Mesti korang sume tgk tennis kan..tambah-tambah si gadis (hehe,jgn marah) , nih mak jemahh nak bagitahu yang Australian Open 2012 dah sampai final. 


So finalist utk Men's Singles Australian Open 2012 is Rafael Nadal (2) vs Novak Djokovic (1).


Rafael Nadal (2) yang telah menewaskan Roger Federer (3) 6-7 , 6-2 , 7-6 , 6-4.




Novak Djokovic (1) yang telah menewaskan Andy Murray (4) 6-3 , 3-6 , 6-7 , 6-1 , 7-5.



Jadi siapakah yang akan memenangi Men's Singles Australian Open 2012. 


Adakah Rafael Nadal (2) atau Novak Djokovic (1) ?

Thursday, 26 January 2012

Anakku.

Surat nih direka sendiri oleh mak jemahh k,untuk anak-anak mak jemahh nnt.


Assalammualaikum anak-anakku yang tercinta,


Harap kalian semua sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta. Jika kalian memaca surat ini bermakna ayahanda sudah berada jauh dari kalian tetapi dekat dihati kalian (betul tak?hehe). 


Anakanda ku yang ku kasihi, keluarga kita tidak lah berada sangat, hanya cukup untuk menampung perbelanjaan kalian semua. Anakanda ku, semasa kalian semua dilahirkan ayahanda sungguh gembira hingga tak terkata, mengalir air mata kegembiraan, bersyukur ayahanda kepada ALLAH S.W.T. Anakanda ku yang ku sayangi, semasa ayahanda membesar kan kalian semua, banyak perkara yang manis dan juga pahit yang ayahanda dan ibunda tempuhi. Ayahanda berasa sungguh bangga kerana dapat anak seperti kalian semua, kerana kalian semua dapat menjadi orang yang berguna di atas muka bumi ini. TETAPI anakanda ku,ingat lah bahawa bukan hanya dunia yang kita kejar, malah akhirat sana yang menjadi penentu so renung2kan lah dan selamat beramal.


Anakanda ku, semasa anakanda semua dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, ayahanda berasa begitu teruja.dan sangat gembira kerana kalian dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang sepatutnya. Ayahanda tahu anakanda semua orang yang bijaksana dan cerdik. Semasa kalian di universiti ayahanda telah bekerja siang dan malam bagi menampung kos perbelanjaan kalian semua sehingga kalian berjaya di menara gading. Semasa kalian mendapat kerja, hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ayahanda. Kalian semua bekerja bersungguh-sungguh dan telah menemui pasangan hidup kalian. Semasa anakanda melangsungkan hari bahagia kalian, ayahanda pula rasa seperti ayahanda yang kahwin. Anakanda ku sekalian, kalian sume sudah berumah tangga. Ayahanda doakan kalian dan pasangan kalian bahagia dan kekal hingga ke syurga.


Wahai anakanda ku, walaupun kalian sudah mempunyai keluarga sendiri, jangan lah kau lupa pada jasa ayahanda dan juga ibunda. Jangan lah engkau sesekali melupakan kami dan jangan lah engkau lupa untuk mendoakan kesejahteraan kami disini. Anakanda, ketahuilah bahawa ayahanda bangga mendapat anak seperti kalian dan anakanda ku, jangalah sesekali kau lakukan apa yang dilarang oleh ALLAH S.W.T dan lakukan apa yang diperintah oleh ALLAH S.W.T. Anakanda ku, ayahanda dan ibunda menanti kalian di syurga. Anakanda ku jagalah harta yang ayahanda tinggalkan dan jagalah keluargamu. 


Anakanda ku, ingatlah segala pesanan ayahanda mu, ingat hidup di dunia ini hanya sementara akhirat kelak yang kekal. Anakanda ku, jadilah kalian hamba ALLAH S.W.T yang berjaya di dunia dan juga akhirat.Sampai disini sahaja surat ayahanda.


Assalammulaikum.


Friday, 20 January 2012

JoZan

Assalammualaikum..


Hye si kacak n si chantek, ada sihat x?


Mak Jemaah nak cite la sket tentang pengacara Raja Lawak musim ke-6 nih, serius mak jemahh ckp mak tengok Raja Lawak pun sbb Johan n Zizan ja. Gelagat JoZan nih mmg xbleh disangkalkan lagi, keserasian antara dieorg berdua nih mmg xpenah lg mak tengok kat pengacara lain. Kalau ada anugerah pengacara duo, comfirm dieorg menang.


Nih mak jamu korang dgn profil Johan n Zizan k..


Profil Johan Raja Lawak
Nama penuh: Mohamad Yazid Lim Bin Mohamad Aziz
Nama Komersial: Johan Raja Lawak / Jo ERA
Umur: 28 tahun.
Asal: Ampang, Selangor.
Status: Dah kahwin.
Peserta Raja Lawak: Musim Pertama
Pekerjaan: Pengacara, Pelakon, Penyampai Radio ERA, Pelawak
Drama/Telemovie/Filem: Telemovie: Hang Pa La Hantu, Osman Berani, Halimah Jongang, Nak Balik Raya, Duyong & Dugong, Loklak, Super Lawak FC, Drogba & Rooney, Jejaka J dan Awekku Bukan Awekmu.
Drama / Episod: Chaparela, Rabunnya Cinta, Alang Menanti Malang, Semanis Janji (RTM), Oh Yeah, Redah Kasi Pecah, Edisi Khas(TV3) dan Raja Lawak.
Filem: Hantu Kak Limah Balik Rumah, Libas, Raya Tak Jadi, Bohsia, Bujang Terlajak, Berani Punya Budak dan Uncle Usin.
Pencapaian tertinggi: Tempat ke-3 Raja Lawak musim pertama, Top 5 ABPBH (Artis Komedi Lelaki) dan Naib Juara Maharaja Lawak bergandingan dengan Zizan Raja Lawak.
Pengalaman menarik bila bergelar artis: Tengok reaksi peminat apabila salah panggil nama saya.
Sumber inspirasi melawak: Youtube, isteri, buku, keluarga, internet dan persekitaran.
Harapan dalam bidang lawak: Akan cuba buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.


Johan Raja Lawak merupakan antara pelawak yang mampu meniru suara/gaya artis-artis lain. Sejibik plak tu. Johan sememangnya seorang pelawak yang berbakat besar.


Profil Zizan Raja Lawak
Nama penuh: Mohd Razizan Abd Razak
Panggilan Komersial: Zizan Raja Lawak / Zizan Razak
Umur: 28 tahun
Asal: Dungun, Terengganu
Status: Bujang
Peserta Raja Lawak: Musim Pertama
Pekerjaan: Pengacara, Pelakon, Pelawak, Penyanyi
Drama/Telemovie/Filem: Hang Pa La Hantu, Nak Balik Raya dan Drogba & Rooney
Drama / Episod: Chaparela, Oh Yeah, Redah Kasi Pecah, Spontan dan Raja Lawak
Filem: Hantu Bonceng, KL Gangster, Baik Giler, Jangan Pandang-Pandang, Kapoww!!, Lu Pikir La Sendiri da Movie, Duhai Si Pari-pari, Bohsia 2,
Pencapaian tertinggi: Naib Juara Raja Lawak Astro musim pertama, Favourite TV Personality Award di Shout! Awards, Top 5 ABPBH (Artis Komedi Lelaki), Pelakon Komedi dan Naib Juara Maharaja Lawak bergandingan dengan Johan Raja Lawak
Harapan dalam bidang lawak: Akan buat yang terbaik dan meningkatkan martabat pelawak-pelawak Malaysia.


Zizan nih berbakat dengan melawak secara spontan.


Mak Jemahh minat sangat dgn JoZan nih, dieorg nih sangat-sangat versatile.





Mak Jemahh percaya jika Raja Lawak diacarakan oleh pengacara lain, mungkin Raja Lawak tidak la berapa besh (bukan xbesh tros k). Yang penting support artis tempatan. Jangan lupa tengok Raja Lawak ye.

Monday, 16 January 2012

Malaysia Football Future

Assalammualaikum..


Hye u ollzs sume, apa khabar?


Mak Jemahh dok la tgk pasal bola EPL,La Liga dan lain-lain so tertarik la mak nak wat post about player kelahiran Malaysia yang berbakat tapi tak main dengan Malaysia.So mak punya la search, so ini ja yang mak dapat sajikan pada sume.


1) Tadashi Takeda(27.07.1986)-Fagiano Okayama FC
2) Titus James Palani-FC Villenoy (sory,ini ja info yg ada,bdk nih dah diam ja)
3) Wan Kuzain Wan Kamal (ada video ja)
4) Brendan Gan-Sabah FA

5) Stanley Bernard Stephen Samuel-UPB My Team
6) Nicholas Chan (19 tahun)-bakal mencuba nasib di Cardiff City
7) Tam Sheang Tsung (15 tahun)-trial to Cardiff City for 3 month

Nih jela yang mak jemahh jumpa. Mak Jemahh harap mereka sume diberi peluang untuk mewakili negara Malaysia dan berharap FAM lakukan sesuatu dengan segera supaya tidak berputih mata.




TOP 5 ABPBH KE-25

Assalammualaikum..


Hye si jejaka handsome dan gadis-gadis yang cantik, mesti korang sume tak sabar nak undi calon-calon untuk menang ABPBH kali nih kn.


Kali nih persaingan lebih sengit dengan adanya beberapa kategori baru yang akan dipertandingkan. So mak jemahh tak nak ckp byk, so u ollzss tengok la TOP 5 untuk setiap kategori yang dipertandingkan.


Penyanyi Lelaki Popular

1) Aizat
2) Anuar Zain
3) Black Mentor
4) Faizal Tahir
5) Hafiz


Penyanyi Wanita Popular
1) Alyah
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna


Artis Baru Lelaki Popular
1) Aeril Zafril
2) Awi Rafael
3) Beto Kusyairi
4) Hazama
5) Johan As’ari


Artis Baru Wanita Popular
1) Izara Aisyah
2) Najwa Latiff
3) Neelofa
4) Nur Fathia Latiff
5) Tasha Shilla


Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Syamsul Yusof


Pelakon Filem Wanita Popular
1) Diana Danielle
2) Eja
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin


Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Fauzi Nawawi
4) Fizz Fairuz
5) Remy Ishak


Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Nora Danish
3) Rozita Che Wan
4) Scha al Yahya
5) Tiz Zaqyah


Artis Komedi Lelaki Popular
1) Afdlin Shauki
2) Along Cham
3) Johan Raja Lawak
4) Nabil Raja Lawak
5) Zizan Raja Lawak


Artis Komedi Wanita Popular
1) Enot
2) Didie Alias
3) Kenchana Dewi
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira


Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Ally iskandar
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak


Pengacara TV Wanita Popular
1) Cheryll Samad
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Nurul Syuhada
5) Raja Azura


Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Aznil Hj Nawawi
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Khairil Rashid


Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) Sharifah Shahira


Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Sixth Sense
2) Bunkface
3) Fourteen
4) 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
5) Meet Uncle Hussain feat. Hazama



Senarai Pencalonan Anugerah Sri Perak
1)Aishah
2)Zainal Abidin
3)Sofea Jane
4)Eman Manan
5)M. Nasir
6)Ziana Zain
7)Dato’ Siti Norhaliza
8)Rosyam Nor
9)Saiful Apek
10)Mawi
11)Nabil Raja Lawak
12)Shaheizy Sam


Artis Lelaki Popular -Online
1)Aaron Aziz
2)Nabil Raja Lawak
3)Johan Raja Lawak
4)Faizal Tahir
5)Zizan Raja Lawak


Artis Wanita Popular-Online
1)Lisa Surihani
2)Nera
3)Shila Amzah
4)Stacy
5)Ziana Zain


Artis/Selebriti Asia Popular- Online
1)8PM
2)DBSK
3)Girls Generation
4)Maher Zain
5)Super Junior


Artis Bergaya (Lelaki) Popular-Online
1)Datuk DJ Dave
2)Datuk Eizlan Yusuf
3)Fahrin Ahmad
4)Hans Isac
5)Nasir Wahab
6)Rosyam Nor
7)Shaheizy Sam
8)Shahz Jazle
9)Syamsul Yusuf
10)Datuk Yusuf Haslam


Artis Anggun (Wanita) Popular-Online
1)Alyah
2)Anita Sarawak
3)Camelia
4)Erra Fazira
5)Fauziah Latif
6)Fazura
7)Maria Arshad
8)Nasha Aziz
9)Ning Baizura
10)Norkumalasari
11)Nora Danish
12)Datuk Sheila Majid
13)Yuna
14)Ziana Zain


So sapa la yang akan menang ABPBH KE-25 kali nih yerk..sama-sama lah kita undi artis kegemaran kita..

Peace u ollzss.

Tuesday, 10 January 2012

Memo 2012


Assalammulaikum..


Macam mana jika ofis korang wat mcm ni?


MEMO BARU UNTUK STAFF


Staff Sekalian,
Perhatian kepada semua staff.
Berkuatkuasa pada tahun 2012, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff.
Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-


a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.


b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.


c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.


d. CUTI SAKIT:
Mulai 2012 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.


e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2012 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala. Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ‘staff sembelit’.


f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.


g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda. Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.


Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.


Sekian, terima kasih


Hehe..mak jemahh harap tak de la ofis yang wat mcm nih.

Monday, 9 January 2012

Trend Sekarang..

Assalammualaikum..


Trend zaman sekarang ini kan semua benda dah jadi moden termasuk bahasa SMS. Mak tahu zaman dah berubah, gaya bahasa pun kena juga berubah mengikut arus (kata budak-budak sekarang). Kekadang mak baca pun tak faham apa yang ingin diberitahu..


Nih mak jemahh nak tunjuk sikit contoh bahasa SMS yang digunakan pada zaman sekarang :


-kaw katne?ak t nk dtg kowt.
-ag da dgn sp?ag bley kew t dtg kt ak.
-ak windu la kt kaw dowh.lm gilew x jumpew
-capew kuar lg dgn kite?
-skunk nk bowat apew?ak dh pnt kowtz.
-bodark kaw apa cer?
-i xth lew klu bley kuar or x coz i de kejew yg nk kne wat.
-taw x dya ad duwet kep x?
-fenin2...yg besh nyr..dy wat muka x besalah..i tgur own wat ta tao.
-kat blkng saia amik brg saia msk tat pakwe u..
-aiseh...kna snyum gak tat kwn cam nieyh..untung lea saia dpt kwn mcm u annn!!
-kaw xptt wat mcm 2 kt dya sbb dya dah otw dtg kowt..
-imysm
-ilyamh
-awk bak a sket mknan tuh.. 
-ak kt blek kaw tlg bli ns kt ak t ak byr..
-haha tahew takpew. sakit matew bacew. hahaha. belom yang mArChArM iNieW laGiEw! sAkiT mAtEw nArK bACeW! 
-kenapew ckp cmtew,pew sala kamy..pew yg ta phmnyew dgn ayat2 mcm tuh.msg2 ayat cmtew baru la cool.
-axu tutk nark bercintew ng xo


Haha..lawak kekadang baca ayat-ayat SMS, mau 3-4 kali gak baca baru paham. Mak tak nafikan yang mak juga ada tulis bahasa SMS tapi tak ada la sampai teruk yang macam contah mak bagi..nih kalau di hantar kat mak atau ayah dah comfirm kena maki hamun..hahaha..


Bagi Mak Jemahh tak salah nak guna bahasa sebegini rupa tapi harus ada batas. Bahasa yang sedia ada lagi mudah difahami oleh semua golongan umur. Bahasa Jiwa Bangsa