Friday, 6 January 2012

Raja Lawak 6 !!!!!

Maharaja Lawak Mega dah melabuhkan tirai..kita semua tahu OSBON telah memenangi MLM..so nih adik kepada MLM..iaitu raja lawak 6 yang bakal membuka tirai pada 13/1/2012 iaitu jumaat minggu depan..macam besa la kan..pengacara masih lagi kekal Johan dan Zizan..(mak minat sangat kat dieorg nih)..musim nih ada cif besar dan juga cif kecik..cik besar Ahmad Idham dan cif kecil Pak Yus, Taukeh dan Angah (bekas peserta raja lawak)..


cif besar dan cif kecik nih kire tenaga pengajar dan akan membantu peserta dalam mengasah bakat dan juga merangka persembahan peserta..(dah maju tau u ollzs..)


so mak nak share sikit latar belakang peserta raja lawak 6...


Kumpulan ALBOB


Nama Samaran  : Abam
Nama Sebenar   : Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal                      : Gombak
Umur                   : 23 tahun
kerjaya                : Juruteknik elektrikal / juruteknik ATM 


Nama Samaran  : Ali
Nama Sebenar   : Syed Ali Mubarak Bin Syed Mohd Ridzuan
Asal                     : Kuala Lumpur
Umur                  : 22 tahun
Kerjaya               : Juruteknik elektrikal /juruteknik ATM




Kunpulan CUIT
Nama Samaran :Iktiar
Nama Sebenar : Mohamad Ikhtiarudin Bin Naina Mohamad
Asal :Pulau Pinang
Umur :27 tahun
Kerjaya :Pekerja Kilang


Nama Samaran :Azmir
Nama Sebenar : Azmir Bin Aziz
Asal :Pulau Pinang
Umur :37 tahun
Kerjaya :Berlakon

Nama Samaran :Shazli
Nama Sebenar : Ahmad Shazli Bin Hasim
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 31 tahun
Kerjaya :Freelance

Kumpulan GMAN
Nama Samaran :Jiggy
Nama Sebenar : Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
Asal :Klang, Selangor
Umur :22 tahun
Kerjaya :Freelance fire artist

Nama Samaran :Man
Nama Sebenar : Lokmanul Hakim Bin Mat Shum
Asal :Pulau Pinang
Umur :22 tahun
Kerjaya :Freelance fire artist

Kumpulan KETUPAT
Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohd Khairi Bin Kamarudin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Kerjaya :Despatch

Nama Samaran :Acai
Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Hussin
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Kerjaya :Store Assistant

Nama Samaran :Aboy
Nama Sebenar : Jusri Bin Johan
Asal :Melaka
Umur :26 tahun
Kerjaya :Pengedar Kereta

Kumpulan KING
Nama Samaran :Raje
Nama Sebenar : Raja Petera Bin Raja Abdullah
Asal :Johor Bahru
Umur :46 tahun
Kerjaya :DJ

Nama Samaran :Farid
Nama Sebenar : Mohd Faridi Bin Bardaidi
Asal :Kedah
Umur :29 tahun
Kerjaya :Emcee

Nama Samaran :Kopi
Nama Sebenar : Kedang Anak Blok
Asal :Sarawak
Umur :29 tahun
Kerjaya :Promoter

Peserta Solo KODAN
Nama Samaran :Kodan

Nama Sebenar : Mohd Shahdan Bin Salleh
Asal :Klang, Selangor
Umur :27 tahun
Kerjaya :Event Management

Kumpulan RIKI
Nama Samaran :Lyzal

Nama Sebenar : Norlizal Bin Mohamed Ghani
Asal :Penang
Umur :27 tahun
Kerjaya :Pekerja Kilang

Nama Samaran :Azhar
Nama Sebenar : Md Noor Hazhar Bin Adnan
Asal :Penang
Umur :21 tahun
Kerjaya :Pekerja Hotel

Nama Samaran :Padil
Nama Sebenar : Mohamad Fadzil Bin Akbar
Asal :Penang
Umur :24 tahun
Kerjaya :Pejerja Hotel

Kumpulan SELAK
Nama Samaran :fad
Nama Sebenar : Mohamad Fadzlie Bin Mohd Nizam
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Kerjaya :Customer Sevice Asst (TNB)

Nama Samaran :Wak
Nama Sebenar : Mohammad Zulzaini Bin Senin
Asal :Johor
Umur :20 tahun
Kerjaya :Pelajar (Politeknik Johor Bharu)

Kumpulan SHIRO
Nama Samaran :Shahrol
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Umur :27 tahun
Kerjaya :Bekerja sendiri

Nama Samaran :Ajak
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Umur :25 tahun
Kerjaya :Emcee

Kumpulan SKEMA
Nama Samaran :Sheikh

Nama Sebenar : Sheikh Abdul Rahman Bin Zainal Abidin
Asal :Penang
Umur :23 tahun
Kerjaya :Pelajar

Nama Samaran :Hafizi
Nama Sebenar : Mohd Hafizi Bin Zulkifle
Asal :Kuala Lumpur
Umur :23 tahun
Kerjaya :Pelajar

Kumpulan ZERO
Nama Samaran :Syaiful
Nama Sebenar : Mohd Syaiful Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :23 tahun
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Nama Samaran :Sharif
Nama Sebenar : Sharif Kadir Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :21 tahun
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Nama Samaran :Atu
Nama Sebenar : Sharid Kunal Bin Doli Sharif
Asal :Kudat, Sabah
Umur :19 tahun
Kerjaya :Buruh kasar, nelayan

Kumpulan 2YOL

Nama Samaran: Lan
Nama Sebenar : Azlan bin Abdullah
Asal : Kota Tinggi, Johor
Umur : 40 tahun
Kerjaya : Operator

Nama Samaran: Ijat
Nama Sebenar : Rohaizat Bin Samin
Asal : Kota Tinggi, Johor
Umur : 36 tahun
Kerjaya : Operator


So u ollsz dah tengok kan biodata peserta..juz ada 1 ja peserta SOLO..lagi 11 adalah group..so kita tunggu dan lihat lah adakah dieorg nih boleh tak membuat kita gelak terbahak-bahak setiap minggu..so jangan lupa tengok raja lawak 6 di canel Astro Warna pada pukul 10.00 malam..



P/S : mak jemahh tak sabar nih nak tengok gelagat dieorg..xsabarnyee....





Thursday, 5 January 2012

Ragam Staf Ofis

Salam u ollzz..hari ni mak jemahh nak story-mory sket la tentang ofis dimana mak praktikal (budak praktikal lg nih)..al-maklumlah bdk QS so mak kena la praktikal kat firm QS(agak membosankan).Kat opis nih dulu ada la gak radio yang boleh didengar..tp disebabkan kebisingan yang menikam telinga seorg staf disini..dia pn tidak lg membenarkn mendengar radio..so start dari sini lah hati mak mula geram tau u ollz..


Mak jemahh nak bagitahu sket..mak geram bukan sebbb apa..staf tu mcm buat "sempoi" ja..dia dengar lagu,tengok movie,dengar ceramah kuat-kuat bleh plak..xde sapa pun nak halang..geram tol..nih pangai buruk dia lg 1..klu nampak ja mak baru nak rehat-rehat..dia mesti bg keja kat mak..dah la tu tak nak nye ajar mak benda yg mak tak tahu..geramnye mak..tp dlm geram2 mak pun..staf tu pandai nak pancing mak tau..dia slalu gak blanja makan..so sejuk gak la hati mak jemahh..(besa la,kena rasuah dulu br ok hehe)


Nih plak admin kat opis mak..orang lain klu nak cuti..susah btol..dia cuti..senang ja..xyah nak apply..mentang-mentang la adik atau sedara pada bos..geram btol..klu dia dlm ofis..mesti wat muka kerek ja..mak rs mcm nak tumbuk-tumbuk ja muka dia..geram tau..dah la suka balik awal..dah la tu suka sangat potong gaji org..gaji die..xkena potong pun..geram tau mak jemahh..


Ada 2 staf dlm ofis nih baik la gak..xsuka bg mak keja..tak kedekut ilmu..mak rasa ok la kalau dieorg 2 nih ja yang ada dlm ofis..mak tak pening kepala sangat..hehe..mak boleh la melayari internet..hehehe..pasal dieorg 2 nih mak jemahh tak nak komen banyak sebab dieorg bestzzz...hehe..


Nih pasal bos dan juga bini dia..pelik jugak bos mak jemahh..kalau dia masuk ja ofis..mesti buka lagu kuat-kuat..siap pasang sound system lagi..dah macam disko mak rasa..sampai mak skali nak menari..hehehe..yang si bini plak bawa anak kecik datang ofis..anak kecik dia bukan la tak comel..comel gak tapi la kan..tangan tu tak reti dok diam..abeh drawing dia main sampai koyak..mak nak marah pun xboleh..kang mak plak yang kena..so mak layan jela..tp mak jemahh suka bos n bini die sebab dieorg jarang masuk ofis..so mak rilek la sket..hehehe..


Ada la gak staf dalam ofis mak nih..yang suka kentut..bila kentut mesti bau..itu la penangan "silent killer"..menusuk ke kalbu mak tau..boleh plak kentut pastu buat muka selamber ja..macam xde apa yang berlaku..geram betol mak..nak ja sound..tapi pikir maruh org kn..so mak menahan saja la dengan bau-bau wangian original..hehehe


Nih la story-mory mak bout ofis mak..staf dlm ofis nih tak ramai..so mak tak tau nak sembang dengan sapa..semua nya buat kerja masing-masing..so mak jemahh..melayari internet la kejanye...hehehehe


Nnt mak story-mory lagi tentang pangai staf dalam ofis mak..




P/S : mak tengah tahan n bersabar..mak tengah tunggu bila la nak abeh praktikal nih..mak dah borink..

Wednesday, 4 January 2012

MasterChef Malaysia...

Malam-malam mcm nih..keja xde..layan la masterchef..mak jemahh minat masterchef bkn sbb pandai masak..sbb tengok peserta masterchef nih masak..bg mak jemahh terasa lapar u ollz..mula la nak mkn tgh2 mlm kn..hehehe..masterchef dah msk episod final..disini mak nak story sket..


Ezani dan Wahidan adalah peserta yg layak ke final masterchef dan akan bersaing untuk title Masterchef Malaysia yg pertama k..mak jemahh bangga dengan peserta mastercheft nih..


sudah semestinya semua rakyat malaysia akan menantikan final masterchef..


meh mak jemahh cte sket latar blakang si Ezani nih..



Nama : Ezani Farhana binti Md Monoto
Umur : 26 tahun
Asal : Kajang
Pekerjaan : Doktor pergigian

Ezani nih dia minat masak dari kecik lagi sebab dia selalu tengok mak dia masak untuk keluarga die. Chef kegemaran Ezani nih dah tentu chef no. 1 Malaysia , Chef Wan dan Jamie Oliver.Depa nih la yang membakar semangat Ezani mendalami bidang masakan nih. Cita-cita Ezani nak menguruskan perniagaan katering sendiri. Segala karya masakannya ingin dikongsi bersama kepada semua pelanggannya nanti. Ezani juga ingin melibatkan diri dalam penggayaan makanan atau "food styling" dan bidang fotografi Masakan yang segar sentiasa menjadi pilihan Ezani. Salad-salad asia yang biasa kita kenali sebagai kerabu menjadi pilihan Ezani. Gabungan Timur dan Barat dalam pembikinan salad atau kerabu juga mempengaruhi cara masakannya. Tidak kira apa jua jenis salad atau kerabu, yang penting, iainya segar!

nih tentang Wahidan plak..



Nama :Wahidan Hj Ag Supain
Umur : 42 tahun
Asal : Sabah
Pekerjaan : Pekebun

Wahidan nih kenal makanan dan masakan dari ibu dia. Dia menjadikan ibu nya sebagai sumber inspirasi dan juga pembakar semangat untuk beliau terus memasak. Pekebun yang berasal dari Sabah ini begitu meminati masakan Melayu dan Cina dan sering menggunakan kedua-dua jenis masakan ini sebagai pengaruh dan ikutan dalam memasak dan menyediakan hidangan yang lazat. Chef kegemaran Wahidan nih dah tentu chef Sabri Hassan  kerana kemahiran dalam pelbagai cabang kulinari dan pengalaman menjadikan beliau sebagai idola kepada Wahidan.Wahidan yang berasal dari Kinabatangan ini ingin sekali menyediakan hidangan khas termasuk Sambal Tempoyak Durian Merah yang menjadi kegemaran Ahli Parlimen Kinabatangan, YB Datuk Bung Mokhtar Radin. YB Datuk juga menggemari masakan kampung.Menjadi chef yang berjaya merupakan impian Wahidan. Beliau juga bercita-cita membuka restoran yang menyajikan masakan kampung terutamanya masakan tradisional yang berasal dari Sabah.



Mak jemahh tgk antara kedua-dua peserta nih..xtahu nak pilih mana yg akan dinobatkn juara..mak harap juri dapat la pilih yg btol2 hebat utk menjadi juara Masterchef Malaysia...apa-apa pn sama2 la yerk kita nantikan final Masterchef Malaysia..


P/S : jangan kita marah jika peserta yg kita minat xmenang..kita tetap kena sokong dieorg k u ollz...cewah mak jemahh bg nasihat..hehe



Kentut!!

Selalunya kn u allz..mak heran btol..bila ja ada org kentut..mesti bunyi kuat tp xberbau plak..ada plak yg "silent killer" tp bau..pergh bau mau xingat plak..mau bleh pengsan klu terbau..hehehe..nih mak nak bg info sikit pada u allz..kenapa kita kentut n kenapa kentut berbunyi n berbau semcm jezz...



--PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 

--Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

--Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.



--Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 


--Apabila anda bernafas melalui mulut, hampir keseluruhan gas oksigen telah diserap oleh badan sebelum dapat melalui usus (intestin). Gas yang sampai ke usus besar ialah nitrogen. Tindak balas kimia yang berlaku dia antara asid perut dengan cecair usus serta tindak balas bakteria akan menghasilkan gas karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan gas hidrogen dan metana.




--Penyelidikan menunjukkan bahawa gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Walau bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor:
      =Makanan
      =Udara yang disedut
      =Jenis bakteria dalam usus
      =Tempoh masa kentut ditahan keluar


Lebih lama kentut ditahan, lebih banyak jumlah gas nitrogen terkandung dalam kentut, kerana gas-gas lain akan diserap ke dalam salur darah melalui dinding usus. Seseorang yang sedang dalam keadaan cemas atau darah gemuruh akan bernafas dengan lebih laju dan sistem penghadamannya akan menjadi lebih pantas. Keadaaan ini akan menyebabkan kandungan oksigen dalam kentutnya menjadi lebih tinggi kerana pergerakan udara yang pantas mengakibatkan badannya tidak sempat untuk menyerap oksigen


--Kenapa kentut berbau?
Bau busuk kentut adalah disebabkan oleh kehadiran 1% gas hidrogen sulfide, indole, ammonia dan skatole. Kebanyakan komposisi yang membentuk bau busuk kentut ini terdiri daripada sulfur. Lebih banyak kandungan sulfur dalam diet anda, lebih banyak skatole dan skatole akan dihasilkan oleh bateria dalam usus anda; maka lebih busuklah kentut anda! Makanan seperti kobis bunga, telur, bawang dan daging kebiasaannya menyebabkan kentut berbau busuk, manakala kekacang menghasilkan kentut yang kurang berbau busuk.


--Kenapa kentut berbunyi?
Bunyi yang terhasil semasa kentut disebabkan oleh getaran lubang dubur (anus). Semasa anda membuang air besar, lubang anus akan terbuka dengan besar manakala semasa kentut kadar pembukaannya lebih kecil. Tenaga dan kekuatan bunyi kentut bergantung kepada halaju dan kuantiti gas yang akan keluar.




sumber : comelnya.com
                 bharian.com.my




P/S : kentut kn anugerah terindah..so apa lg..kentut je..jgn malu2..hehehe

STRESSSSSS!!!!

Meh sini anak2 ikan mak.mak nak ajar korang cara nak ilang kn stress yg melanda diri...jgn pula smp korang ilang akal pertimbangan plak..cian kat anak2 ikan mak tau..
Stress atau tekanan boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, cinta, keluarga atau orang sekeliling.
1.Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.
3. Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif.
4. Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda.
5. Makan Makanan yang menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.
6. Lakukan Meditasi
Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan
Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.
8. Dapatkan Nasihat
Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
9. Belajar Katakan 'TIDAK'
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.
10. Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun.
11. Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.
12. Menarik Nafas Dalam-dalam
Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan.
13. Pengurutan
Anda boleh berkunjung pakar urut professional..untuk dapatkan urutan yg dpt mengilangkn tekanan keatas diri   anda atau pn suruh pasangan anda urut otot-otot leher dan bahu..(jgn plak p umah urut p wat bnd yg xelok)
14. Menangis dengan sepenuh hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” - ada sesetengah individu apabila mereka mengalami tekanan, mereka seolah - olah tidak menunjukkan permasalahan itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama - sama rakan - rakan sahaja, tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Menangis dan berkongsi masalah bersama sahabat yang dipercayai boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
15. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda

P/S : mak nak ckp u allz..hidup nih klu xde mslh pn xenjoy..so apa yg berlaku..hadapi dgn senyuman yerk..bye2 anak-anak ikan mak...

Tuesday, 3 January 2012

Apa sudah Jadi...

Adakah ini yg harus kita lalui pada masa kini..??
Pelajar cemerlang malaysia yang dapat tajaan oleh Bank Negara dengan harapan dapat membanggakan nama negara Malaysia dan juga Agama Islam kini sudah kecundang dengan arus kemodenan di tempat org..

NUR AMALINA CHE BAKRI - pelajar 17A SPM 2004


Kontroversi Perubahan Nur Amalina Che Bakri Pelajar 17A1 SPM 2004
Adakah anda masih ingat lagi seorang pelajar bernama Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengemparkan Malaysia  dengan keputusan Peperiksaan SPM 17A1 satu ketika dahulu? Mungkin ramai antara kita banyak nak jadikan beliau sebagai idola dalam pelajaran. Namun semua cerita tu kisah gemilangnya 8 tahun dahulu, bagaimana kisah hidup pelajar cemerlang ini sekarang?
Pelajar cemerlang ini dikatakan telah berubah penampilan daripada dahulunya berpakaian sopan dan bertudung tetapi kini tidak memakai tudung dan bersosial. Koleksi gambar-gambar sosial Nur Amalina Che Bakri sekarang tersebar luas di internet dan sebelum ini kecoh di facebook dan twitter. Berikut adalah gambar-gambar terbaru Nur Amalina Che Bakri, pelajar cemerlang SPM 2004.
Adakah ini betul2 pelajar tersebut?
Editorial? adakah gambar ni hanya gambar yang diedit?
Bersosial?
akaun facebook beliau telah dinyah aktifkan k..

sumber :  kurakura.my

P/S : apa sudah jadi..adakah ini benar atau pun cubaan..hanya tuan empunya badan yg dapat menjawab..tetiba teringat apa yg diperkatakan oleh kwn ku.. kita kena kuat iman takot nnt kena shock culturer..hehe

Wanita Malaysia Kuat Curang???

Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.
Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.
Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama.
Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang.
Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.
Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu.

Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah :

- Rakyat Amerika Syarikat paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115 kali).
- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69).
- Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melalukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.
- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.
- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks.
- Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah.- MynewsHub